Berpengalaman lebih 20 tahun dan mempunyai lebih 5 buah cawangan sekitar Malaysia, kami mempelawa individu yang berwawasan dan komited untuk menyertai keluarga besar Azmi & Co.
Pendapatan anda adalah setimpal dengan usaha yang anda lakukan. Lebih banyak transaksi, lebih banyak komisen.
Anda bertanggungjawab menentukan masa kerja anda sendiri. Masa itu penting,tetapi lebih penting ialah komitmen anda!
Training intensif 2 hari akan didedahkan dengan skill & latihan praktikal untuk menjadi perunding hartanah berjaya.
Anda akan mendapat akses untuk menjual projek-projek yang terkini dan dihidangkan dengan komisen yang lumayan.
Anda tidak akan keseorangan selepas habis training. Team Leader dan pengurusan akan sentiasa membantu anda mencapai kejayaan!
Kejayaan anda, kebanggaan kami. Kami sentiasa menghargai segala pengorbanan perunding hartanah kami yang komited.
"Membongkar rahsia kenapa ramai orang termasuk golongan professional sanggup melepaskan kerjaya mereka kerana beriya-riya menceburi bidang hartanah"
"Perkongsian PENGALAMAN dan TEKNIK bagaimana menjadi Ejen Hartanah yang BERJAYA capai target Pendapatan LUMAYAN"
Setiap bulan pihak pengurusan Azmi & Co. akan memberi penganugerahan kepada para perunding hartanah yang cemerlang pada bulan tersebut. Percayalah, anda lebih dihargai dan kepuasan itu tak dapat dibeli tapi dapat dirasai bagi mereka yang bersama kami.
Setiap usaha keringat anda sentiasa dihargai dan salah satu yang seronok bila setiap tahun perunding hartanah kami akan ditawarkan trip percuma melancong ke luar negara berdasarkan pencapaian tahunan. Makan minum, tiket dan penginapan semua ditanggung. Percuma kan, siapa tak mahu.
Pihak pengurusan juga akan menyediakan majlis-majlis ilmu dan seminar daripada speaker-speaker luar untuk memberikan input terbaru mengenai dunia perniagaan, pemasaran, hartanah dan ilmu-ilmu yang bersesuaian bagi meningkatkan motivasi dan daya kerja perunding hartanah Azmi & Co.