Pernah dengar perunding hartanah atau ejen hartanah sebelum ni? Asal melibatkan rumah dan hartanah, automatik nama-nama mereka ni akan disebut-sebut.
Apa salahnya kan kita ambil tahu serba sedikit kerjaya ni dari segi skop kerja dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda ejen/perunding hartanah dikenali sebagai Real Estate Negotiator atau REN dari segi akronimnya. Jadi melalui pembacaan ini, REN yang tertulis dalam artikel ni bermaksud ejen hartanah tu la ye.
Jadi apa sebenarnya kerjaya Ejen Hartanah ni?
Pertamanya, tugas REN adalah untuk memastikan objektif utamanya dapat dicapai dengan jayanya seperti memastikan rumah client berjaya dijual dengan harga yang ditetapkan atau mencari/mendapatkan rumah idaman client dengan kriteria yang ditetapkan.
Hartanah (rumah&tanah) merupakan produk yang akan didagangkan dalam transaksi penjualan. Perkhidmatannya melibatkan keseluruhan proses pembelian iaitu mencari hartanah, runding harga terbaik, melakukan tawaran dan dapatkan kesepakatan tawaran.
REN akan berurusan dengan dua pelanggan sahaja iaitu pemilik hartanah dan pembeli hartanah
Skop kerja REN dengan pemilik hartanah adalah:
- menasihatkan pemilik hartanah
- menjualkan hartanah mereka mengikut market price
- memastikan hartanah dalam keadaan baik, berpatutan dengan harga pasaran yang ingin dijual.
- memasarkan hartanah berkenaan secara online mahupun offline.
Manakala skop kerja REN dengan pembeli hartanah pula:
- bawak buyer viewing hartanah yang ingin dibeli/dijual
- memastikan kelayakan pembeli hartanah
- buat rundingan dengan pembeli
- memastikan hak pembeli hartanah terjaga
Berapa gaji kerjaya ni?
Untuk pengetahuan anda, jadi REN tak ada istilah gaji basic. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Nak income lebih, kerja lebih.
Pendapatan sebagai seorang REN adalah melalui komisyen jualan/sewaan rumah. Setakat hari ini, fee yang dibenarkan oleh pihak LPPEH untuk dikenakan kepada pelanggan adalah hanya sebanyak 3% sahaja. Cuba bayangkan hartanah yang paling murah di Lembah Klang pun sudah RM300,000.
3% X RM300,000 = RM9000
Andaikan seorang REN dapat 70% daripada jumlah tu sebagai pendapatan dan selebihnya untuk agensi. RM6300 dalam tangan. Itu baru satu unit yang terjual. Bayangkan REN tu dapat jual rumah lebih daripada 3 unit. Memang kaw-kaw la income dia.
Kenapa jadi Ejen Hartanah? Kenapa tak jadi Ejen produk kecantikan atau benda lain?
Ilmu
Pertamanya, soal ilmu. Dengan menjadi ejen hartanah ni, anda dapat mempelajari selok belok hartanah dengan lebih terperinci. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Dengan berbekal ilmu yang dipelajari, anda dapat elakkan diri ditipu kerana anda lebih arif tentang hartanah.
Selain itu, disebabkan REN dah biasa degan harga jualan hartanah di kawasan jajahan, mereka juga boleh belajar tentang pelaburan hartanah. Seperti strategi tentang hartanah yang mana boleh dijadikan pelaburan, dan hartanah mana perlu di elakkan. Lebih fokus dapatkan ILMU DAN PENGALAMAN yang kita perlukan untuk membina masa depan kita.
Income Masyukkk
Secara jujurnya, pendapatan bagi seorang perunding hartanah memang kaw kalau pulun betul-betul. Mana taknya, margin penjualan juga tinggi. Dahlah tak ada limit gaji. Kalau terus konsisten, Insha Allah rezeki tu ada je.
Networking
Kalau dah masuk bidang ni, networking memang menjadi satu kelebihan buat diri. Dapat belajar macam mana nak comunicate dengan orang dan tambah kenalan. Mungkin sebelum ni kerja asyik hadap mesin je, sampai tak ada masa pun nak borak, kerjaya ni memang digalakkan. Kat sinilah kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia.
Sesetengah REN hari ni dah pun menjadi jutawan disebabkan pekerjaan ini berikan mereka peluang untuk networking dengan pelabur yang bernilai ratusan juta.
Masa Fleksibel
Kerja ni anda yang tentukan masa. Bila nak kerja, bila nak relax kat rumah. Semua anda yang tentukan. Tak ada istilah punch card semua tu.
Pandai-pandailah uruskan masa anda. Kalau tak jaga masa, anda sendiri yang potong gaji anda.
Masa depan cerah
Setiap hari ada transaksi orang beli/jual hartanah. Maka tak dapat nak dinafikan lagi yang hartanah ni memang setiap hari akan ada permintaan. Dari sudut membina kerjaya, lebih fokuskan kepada potensi masa depan. Tentukan sama ada kerjaya ini masih laku atau tidak dalam pasaran kerja untuk tahun-tahun akan datang.
Beri Impak Besar
Kerjaya ni ada impak yang besar. Nak bagi kata putus untuk jual atau beli rumah oleh client ni bukan benda kecil, ni libatkan ratus-ratus ribu malahan ada yang berjuta. Itu adalah antara keputusan besar hidup mereka. Menjadi pemudah cara untuk keputusan ni adalah satu tugas yang murni.
Jadi sekarang anda dah tahu serba sedikit info dan pencerahan tentang apa itu kerjaya ejen hartanah. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda melalui pembacaan artikel ni.
Kredit Artikel: www.kakiproperty.com
1 Comment
Saya berminat sangat dengan kerjaya perunding hartanah ini..Boleh saya mohon kerjaya ini..
area sabah