Articles

Panduan Menjual Rumah

Nak jual rumah sendiri? Boleh tidak jadi masalah. Tetapi, jika anda tiada pengalaman dalam menjual rumah, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dalam mempercepatkan proses jualan rumah anda.

Berikut adalah 6 tips yang boleh digunakan pakai untuk jual rumah anda dengan mudah dan cepat!

#1 – DAPATKAN KHIDMAT PERUNDING HARTANAH PROFESSIONAL

Oleh kerana anda tidak mempunyai pengalaman dalam menjual rumah, kami sarankan anda supaya mendapatkan khidmat perunding hartanah professional yang mahir di kawasan rumah yang hendak di jual. Mereka akan melakukan pemasaran dan mendapatkan pembeli untuk rumah anda. Dapatkan perunding hartanah yang mempunyai rekod yang baik dan agensi yang sudah lama bertapak dalam industri hartanah serta mempunyai reputasi yang bagus.

Ada orang tanya kami, “bolehkah saya menggunakan khidmat beberapa orang perunding hartanah untuk menjual rumah saya?”

Jawapan kami, boleh dan sekali lagi, tidak jadi masalah. Ini dipanggil Ad-Hoc Listing. Jika anda dalam keadaan yang terdesak dan ingin menjual rumah dengan cepat, cara ini nampak praktikal kerana aktiviti pemasaran dilakukan dengan skala yang besar dan boleh mempercepatkan proses jualan.

Tetapi, anda akan berhadapan dengan banyak proses tawar menawar dan kemungkinan anda tidak akan mendapat harga jualan yang anda inginkan.

Kita tidak pakar dalam semua benda, jadi serahkan pada yang pakar. Lagipun, anda tidak perlu bayar satu sen pun terlebih dahulu apabila menyuruh mereka menjual rumah tersebut.

Ingin Mendapatkan Khidmat kami?

#2 – HARGA JUALAN YANG ANDA INGINKAN

Jalan yang terbaik adalah dengan melantik seorang penilai hartanah untuk menilai harga pasaran rumah anda. Ingat! Hanya penilai hartanah professional sahaja yang boleh memberi penilaian yang adil dan tepat berdasarkan beberapa faktor seperti status tanah, kemudahan persekitaran, lokasi, kawasan industri dan banyak lagi.

Cara yang kedua adalah dengan menyemak harga hartanah yang serupa dan nilai transaksi terakhir untuk mengukur harga pasaran. Selalunya, perunding hartanah akan menggunakan nilai transaksi terakhir sebagai harga pasaran.

Jangan meletakkan harga hartanah anda terlalu tinggi melebihi nilai pasaran. Letakkan harga yang munasabah dengan keadaan hartanah anda yang mungkin telah diubahsuai.

#3 – PEMASARAN YANG BERTERUSAN

Sebarkan iklan jualan rumah anda sekerap yang mungkin dan gunakan media sosial seperti dalam facebook group hartanah untuk mengiklankan hartanah anda. Semestinya, perunding hartanah akan meletakkan iklan rumah anda di laman hartanah yang berbayar seperti iProperty.com.myPropertyGuru.com.my dan banyak lagi. Mereka juga akan menggunakan surat khabar untuk membuat pengiklanan. Semua kos ini akan ditanggung oleh perunding hartanah terbabit. Jadi, anda tidak perlu risau.

#4 – PENGUBAHSUAIAN & PEMBAIKAN

Pastikan rumah anda dijaga rapi dan bersih kerana ia akan mempengaruhi bakal pembeli. Lakukan sedikit pembaikan seperti mengecat semula dinding dalam rumah supaya nampak lebih berseri.  Cantik dan bersih, dapat menawan hati pembeli.

Pastikan anda membuat pengubahsuaian bagi mana yang perlu sahaja. Tidak perlu keluarkan belanja berlebihan untuk ini. Cukup sekadar membaiki yang rosak, cat semula dan lakukan pembersihan.

#5 – JANGAN TERLALU MENDESAK

Jangan terlalu mendesak bakal pembeli. Bagi ruang yang secukupnya bagi mereka untuk meneroka rumah anda. Apabila anda mendesak, nampak sangat anda terdesak yang boleh mengakibatkan tawaran harga belian yang rendah. Berikan sahaja beberapa top selling point dan biarkan mereka berfikir.

#6 – VIEWING

Ada 2 cara untuk membawa bakal pembeli melihat rumah anda.

  1. Open House (Rumah terbuka) – Menunjukkan rumah lebih dari seorang bakal pembeli secara serentak. Menjimatkan masa anda. Bagi saya, cara ini amat sesuai untuk hartanah yang eksklusif, cantik, dijaga rapi dan pasti akan memberikan kesan kepada bakal pembeli.
  2. Private Tour (Lawatan Persendirian) – Selalu diamalkan di Malaysia. Bakal pembeli mempunyai ruang untuk bertanyakan soalan tanpa rasa segan silu. Mereka mempunyai peluang untuk meneroka rumah yang bakal dibeli. Walaupun ini adalah cara terbaik buat si pembeli, tetapi anda dan perunding hartanah perlu menyusun beberapa temujanji berasingan dan memakan masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top